Connect with us

Apple Dedah Konsep Telefon Lipat Tanpa Kesan Lipatan Pada Skrin!

Oh! Tidak

Apple Dedah Konsep Telefon Lipat Tanpa Kesan Lipatan Pada Skrin!

Sumber gambar Tom’s Guide

Kesan lipatan pada skrin telah menjadi lumrah kepada telefon lipat. Manakan tidak, heavy user telefon ini akan mengakibatkan mereka terpaksa menukar skrin dengan lebih kerap. Namun kini Apple mempunyai jalan penyelesaian kepada masalah ini. Apple telah memperkenalkan konsep smartphone lipat tanpa meninggalkan kesan lipatan. Perkara tersebut telah ditulis didalam sebuah dokumen paten milik Apple bertajuk, Electronic devices with flexible displays and hinges.

Sumber gambar dari MacRumors

Menurut info yang Ohmedia dapat, paten yang didokumenkan ini sudah pun dihantar kepada United States Patent and Trademark Office sejak Ogos 2016, namun baru dikeluar oleh pihak berkenaan pada 4 Februari lepas. Menurut sumber, telefon lipat ini mengetengahkan idea penggunaan dua skrin terpisah, berbanding satu layar seperti Samsung Galaxy Fold, Huawei Mate X atau Motorola Razr.

Apa yang Ohmedia faham tentang konsep telefon lipat yang cuba Apple ketengahkan ialah, saat telefon ini terbentang (tidak lipat) dua panel skrin yang terpisah ini akan disambung dengan komponen penutup (flaps) kedudukannya berada ditengah-tengah antara kedua-dua panel skrin.

Sumber gif dari MacRumors

Saat telefon ini dilipat, penutup komponen (flaps) kemudian akan bergerak kebawah, mengisi ruang engsel. Jelas perkara ini tidak akan menimbulkan masalah kesan lipatan pada skrin kerana secara teorinya dia tidak berlekuk. Ohmedia tidak pasti sama ada Apple akan mengeluarkan model ini memandangkan sebelum ini Apple sendiri memiliki sejumlah konsep telefon lipat. Sama-sama kita tunggu, haha!

OHMEDIA: KALAU IPHONE 11 PUN HARGA NAK DEKAT RM7K, KALAU YANG NI KELUAR TAK TAHULAH BERAPA HARGA DIA NANTI, MAHU KENA JUAL BUAH PINGGANG, HAHA!

Sumber: Tekno Kompas  | MacRumors

+ Baca respon pembaca Apple dedah konsep telefon lipat di Facebook Oh! Media

Penulis content & Ketua Multimedia di Oh! Media. Memastikan pelbagai content menarik dapat dicipta khas untuk Oh! Media sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top