Connect with us

Oh! Media

Johor Membenarkan Anak Yang Tak Sah Taraf Di Bin, Binti Dengan 99 Nama Allah

Trending

Johor Membenarkan Anak Yang Tak Sah Taraf Di Bin, Binti Dengan 99 Nama Allah

Sebelum ni Mahkamah Persekutuan telah mendapat sokongan majoriti berkenaan denga isu anak yang lahir luar nikah tidak boleh namanya di bin atau binti nama bapanya. Namun, menurut sumber yang Ohmedia baca, Mufti Johor telah membenarkan status anak luar nikah ini di bin atau di binti kan menggunakan 99 Nama Allah atau lebih dikenali sebagai Asmaul Husna selain nama Abdullah.

ADVERTISEMENT

Menurut Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad langkah ini diambil agar bayi yang akan membesar ni tidak akan rasa terancam atau menanggung aib jika nama mereka hanya boleh di bin dengan nama Abdullah. Pada mereka yang ber bin atau binti kan Abdullah jangan pula terasa hati atau merasa dirinya sebagai anak tak sah taraf. Mungkin nama ayah korang tu memang Abdullah. Periksa dulu! Hehe.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebagai Ketua Agama Islam negeri juga sudah menitahkan supaya fatwa yang dibuat dahulu tidak sehingga menzalimi anak tidak sah taraf sekali gus mengaibkan mereka pada masa hadapan. Di Johor, kita memutuskan anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, boleh dinamakan (di bin atau binti) dengan 99 nama Allah atau Asmaul Husna, selain nama Abdullah, menjadikan 100 nama bin atau binti untuk dipilih -katanya

Kerajaan negeri tersebut turut memberi sokongan penuh mengenai langkah Mahkamah Persekutuan untuk bayi yang dilahirkan tidak sah taraf tidak dibenarkan di bin atau di binti kan dengan nama bapanya. Johor juga membenarkan nama bayi tersebut di bin atau binti mengguna Asmaul Husna. Kesimpulannya bayi ini akan memiliki 100 nama pilihan termasuk Abdullah. Secara tidak langsung aib bayi ini juga dapat dijaga.

OHMEDIA: OHMEDIA SETUJU DENGAN LANGKAH YANG DI AMBIL OLEH NEGERI JOHOR. BAYI YANG TIDAK BERSALAH NI BILA DIORANG MEMBESAR, TAKDELAH RASA MALU DENGAN KESILAPAN IBU BAPA MEREKA TERDAHULU.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon anak tak saf tarah di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas