Connect with us

Oh! Media

Anak Lahir Secara Caesarean Berisiko Kurang Imuniti? Ini Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Kanak-kanak kelahiran C-section

Umum

Anak Lahir Secara Caesarean Berisiko Kurang Imuniti? Ini Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Pembedahan Caesarean atau lebih dikenali sebagai C-section merupakan satu prosedur penting dan mampu menyelamatkan nyawa bagi ibu mengandung yang menghadapi komplikasi.  

ADVERTISEMENT

Namun begitu, terdapat kajian yang menunjukkan pembedahan ini mampu menyumbang kepada mikrobiota usus kurang seimbang yang dikaitkan dengan kelemahan imuniti terhadap kanak-kanak. 

Kalau korang nak tahu, ketidakseimbangan yang disebabkan oleh bakteria usus ini berpotensi memberikan impak kepada imuniti dan perkembangan otak kanak-kanak. 

Oleh sebab itu, Danone yang merupakan syarikat makanan terkemuka dan juga antara syarikat terbesar di dunia telah melancarkan AptamilTM  KID C-SynB yang merupakan formula susu tumbesaran inovatif yang direka khusus untuk menyokong keperluan pemakanan kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas yang dilahirkan melalui pembedahan C-section. 

Keperluan Pemakanan Bagi Kanak-Kanak Yang Dilahirkan Secara Pembedahan C-section 

Kanak-kanak kelahiran C-section

 “Pelbagai kajian menunjukkan bahawa sinbiotik, iaitu gabungan prebiotik dan probiotik, boleh membantu meminimumkan impak kesihatan dengan meningkatkan bifidobakteria usus dan mengekalkan persekitaran usus yang baik bagi kanak-kanak yang dilahirkan melalui pembedahan C-section.” – Profesor Jan Knol, Pengarah Kanan Biologi & Mikrobiologi Usus   

Kesihatan merupakan fokus utama ibu bapa dalam membesarkan anak-anak. Sebab itulah, setiap makanan atau minuman yang diberikan mestilah darpada kualiti yang terbaik. Terutamanya bagi anak-anak yang mempunyai imuniti yang lemah. 

AptamilTM KID C-SynB mengandungi gabungan unik prebiotik dan probiotik, dikenali sebagai Synbio+, yang telah terbukti dapat mengurangkan impak kesihatan yang dihadapi oleh kanak-kanak yang dilahirkan melalui pembedahan C-section. 

AptamilTM KID C-SynB ini direka khusus untuk meningkatkan kesihatan usus dan menyokong sistem imun mereka. 

Direka Khusus Dengan Formula Inovatif, Terbukti Memberi Sokongan 27X Lebih Pantas

Kanak-kanak kelahiran C-section

Formula ini bukan sahaja dapat membantu meningkatkan mikrobiom usus yang sihat melalui sokongan 27X lebih pantas untuk imuniti anak-anak, malah ia juga mengandungi 5 nutrien untuk perkembangan otak. 

Antaranya adalah, Sphingomyelin, Omega 3,6,9, Vitamin B12, Tryptophan, dan DHA yang dapat membantu dalam proses perkembangan otak anak-anak.

Dapatkan Aptamil KIDTM C-SynB di pasaraya berhampiran dan kedai dalam talian pada harga RM68. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Aptamil KIDTM C-SynB

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas