Connect with us

Oh! Media

Datuk Seri Aliff Syukri Mengatakan Perkataan Taubat Tidak Sesuai Ditujukan Kepada Dirinya

Trending

Datuk Seri Aliff Syukri Mengatakan Perkataan Taubat Tidak Sesuai Ditujukan Kepada Dirinya

Baru-baru ini isu mengenai balu Abam Bocey, pelawak Ali Puteh dan Datuk Seri Aliff Syukri telah menjadi bualan hangat netizen. Isu berkaitan wang, dihalau sehelai sepinggang, telah timbul dan menjadi tanda tanya netizen. Namun begitu, Ali Puteh telah menjelaskan satu persatu mengenai isu yang telah menjadi kontroversi itu.

ADVERTISEMENT

Semalam, telah berlakunya sidang media dan Ali Puteh memohon agar jutawan kosmetik itu memohon maaf kepada ibunya atas tindakan Aliff Syukri yang sedikit sebanyak telah membuatkan hati ibunya terluka. Malah, Ali juga turut meminta agar Aliff Syukri bertaubat kerana tindakan yang dilakukan telah memecah belahkan keluarga mereka.

Perkataan taubat itu tak sesuai untuk saya. Saya bukannya merompak dan merogol orang. Saya tidak fikir pertemuan dengan Nurhidayah satu kesalahan besar. Malah, saya tidak menjangka perkara ini boleh mencetuskan kontroversi. Sebenarnya, antara mereka sudah wujud konflik. Cuma, kehadiran saya membuatkan Nurhidayah nak bercerita. Dia mengizinkan segala perbualan dirakam dan disiarkan. Jadi, adakah itu kesalahan saya? -katanya

Aliff Syukri mengatakan bahawa dia juga akan mengadakan sidang media pada Isnin depan untuk memberi penjelasan dan menjawab segala persoalan yang timbul mengenai isu tersebut. Menurutnya lagi, video yang dimuat naik di youtubenya itu hanya 10 peratus dan masih lagi menyimpan beberapa perkara kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa.

OHMEIDA: OHMEDIA HARAP PERSELISIHAN FAHAM DI ANTARA TIGA PENJURU INI DAPAT DISELESAIKAN DENGAN BAIK. NETIZEN JUGA DINASIHATKAN JANGAN CEPAT MEMBUAT ANDAIAN SENDIRI TANPA MENDENGAR PENJELASAN DARI PELBAGAI PIHAK.

Sumber: Rotikaya

+ Baca respon pembaca menegenai isu Datuk Seri Aliff Syukri di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas