Connect with us

Oh! Media

Beri Alasan Jumpa Kawan Lama Untuk Rentas Negeri

Trending

Beri Alasan Jumpa Kawan Lama Untuk Rentas Negeri

Masih ada lagi yang degil tak nak duduk rumah time PKPB ni. Sampai sanggup bagi macam-macam alasan semata-mata nak rentas negeri, ingat boleh lepas lah tu sekali kena reject.

ADVERTISEMENT

Untuk kes semalam saja, bukan 1 tapi sebanyak 2,720 permohonan rentas daerah dan sempadan negeri di Selangor telah ditolak kerana alasan yang diberi tak masuk akal.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, Keseluruhan permohonan untuk rentas daerah dan negeri yang diterima Polis Selangor sahaja adalah sebanyak 33,467, dan hanya 30,747 permohonan yang dapat diluluskan dan lagi 2,720 permohonan adalah gagal.

Antara permohonan yang ditolak oleh polis adalah kerana ada yang memberikan alasan tidak munasabah dan tidak masuk akal misalnya hendak jumpa kawan lama dan ambil barang

Bila ditanya lanjut, mereka gagal memberikan jawapan yang munasabah. – Katanya

Polis Selangor dilaporkan telah membuat sebanyak 63 sekatan jalan raya dalam tempoh 24 jam yang tertumpu kepada sempadan daerah dan zon merah.

Menurut Ketua Polis Selangor, orang ramai yang ada urusan penting atau yang bekerja di daerah lain, perlu ada surat kebenaran atau pas bekerja, dan bagi mereka yang ada hal kecemasan, boleh dapatkan kebenaran untuk rentas daerah atau negeri di mana-mana sahaja balai polis berdekatan.

Tak pasal-pasal nak kena patah balik rumah pula, kan dah rugi masa tu. Kalau kecemasan tu faham lah, ini sebab nak jumpa kawan lama memang kena reject la jawab dia. Teknologi dah canggih, telefon pun canggih boleh je kan nak video call. macam-macam hal la rakyat Malaysia ni.

Kredit: Berita Harian

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas