Connect with us

Oh! Media

Akibat Ludah Pada Butang Lif, Pekerja Snuker Didenda RM400!

Trending

Akibat Ludah Pada Butang Lif, Pekerja Snuker Didenda RM400!

Setelah perbuatannya terakam oleh CCTV didalam lif, seorang pengawal keselamatan telah membuat laporan polis keatas individu yang telah bertindak meludah pada butang lif disebuah flat di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ini menyebakan dia telah dan dikenakan denda oleh Mahkamah Majistret. Menurut Sinar Harian, kejadian berlaku di lif bomba Flat Idaman Melur, pada jam 11.45 lagi, 15 Mac lalu.

ADVERTISEMENT

Baca: Sengaja Ludah Pada Butang Lif, Seorang Pengawal Keselamatan Bertindak Buat Laporan Polis!

Pelaku, Ang Hock Beng berumur 63 tahun telah mengaku melakukan perbuatan berkenaan setelah pertuduhan dibacakan keatasnya. Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26B Kanun Keseksaan yang memperuntuk dia didenda sebanyak RM400 kerana perbuatanya itu mampu menyebabkan kemudaratan awam serta kegusaran pada penduduk setempat lebih-lebih dengan acaman COVID-19 yang sedang melanda sekarang.

Sumber gambar dari New Straits Times

Peguam yang mewakili Ang Hock telah memohon kepada mahkah agar denda yang dikenakan keatas anak guamnya dikurangkan dengan alasan bahawa anak guamnya penghidap diabetes serta pesakit jantung. Peguam berkenaan turut menjelaskan bahawa anak guamnya hanya berpendapatan RM900 dan perlu menanggung dua orang anaknya sejak dibercerai dengan isterinya. Timbalan Pendakwa Raya menjelaskan dia sepatutnya diberikan penalti kerana perbuatanya itu dilakukan saat penularan wabak COVID-19 seperti yang dipetik dari Sinar Harian.

OHMEDIA: ITU SEBAB JANGAN BUAT BENDA BUKAN-BUKAN TENGAH MUSIM PANDEMIK NI, TAK PASAL-PASAL KENA DENDA.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca pekerja snuker didenda kerana ludah pada butang lif di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas