Connect with us

Oh! Media

Agong Belanja Petugas Kementerian Kesihatan Pula

Trending

Agong Belanja Petugas Kementerian Kesihatan Pula

Jika sebelum ini Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah membuatkan rakyat berasa kagum selepas memberikan makanan kepada para wartawan dan pihak media di hadapan pintu istana, sekarang pihak Istana telah menghantar makanan untuk petugas Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan di Kementerian Kesihatan Putrajaya pula selepas diarahkan Baginda yang melakukan lawatan ke sana.

ADVERTISEMENT

Pemberian makanan ini sudah dilakukan sejak semalam dan ia diserahkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dan wakil dari Istana Negara.

Selain itu, Sultan Abdullah turut menyampaikan salam dan penghargaan kepada semua petugas yang sehingga kini bertungkus lumus memastikan wabak ini tidak terus tersebar.

Baginda mengucapkan terima kasih kepada petugas-petugas di atas pengorbanan dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab membendung jangkitan wabak COVID-19. Seri Paduka juga berdoa semoga penularan wabak ini berjaya ditangani dan diakhiri dengan segera. – Katanya.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Agong beri makanan kepada petugas perubatan di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas