Connect with us

Oh! Media

Abam Dari Kumpulan Bocey Meninggal Dunia

Trending

Abam Dari Kumpulan Bocey Meninggal Dunia

Innalillahiwainnailaihirojiun. Pagi ini, Ohmedia dapat laporan bahawa Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan dari kumpulan Bocey meninggal dunia pada pagi ini di kediamannya yang terletak di Gombak.

ADVERTISEMENT




Menurut isteri Abam yang bernama Nor Hidayah, Abam mengadu sakit kepala dan demam sejak beberapa hari yang lalu. Beliau juga mengatakan bahawa pagi tadi dia mengejutkan Abam untuk solat subuh tetapi tiada tindak balas.

Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tidak mahu. Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun tak ada tindak balas daripada dia.




Ohmedia rasa sedih dan terkejut apabila dapat tahu pelawak legend kita telah meninggalkan kita semua buat selama-lamanya. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

OHMEDIA: MARILAH KITA SEDEKAHKAN ALFATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM.

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca sayangkan Abam Bocey di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas