Connect with us

13,000 Kakitangan Malaysia Airlines Ditawar Cuti 3 Bulan Tanpa Gaji

Oh! Tidak

13,000 Kakitangan Malaysia Airlines Ditawar Cuti 3 Bulan Tanpa Gaji

Seramai 13,000 kakitangan Malaysia Airlines Berhad (MAS) telah ditawarkan untuk mengambil cuti tanpa gaji disebabkan wabak koronavirus yang dikatakan telah menjejaskan syarikat penerbangan nombor satu Malaysia itu. Menurut laporan The Edge Markets juga, syarikat MAS juga membuat tawaran kepada kakitangannya untuk mengambil lima hari cuti tanpa gaji setiap bulan selain tiga bulan tanpa gaji mulai April ini.

Kapten Izham Ismail iaitu Ketua Pegawai Eksekutif MAS mengumumkan pemotongan gaji 10% dan elaun bagi pengurusan kanannya untuk mengurangkan kos operasi pada hari Isnin lepas dan dikatakan juga yang kesan koronavirus ini kepada syarikat MAS sangat terjejas akibat orang ramai tidak lagi melancong dan operasi perniagaan tidak lagi beroperasi seperti sebelum ini.

Dikatakan juga yang Malaysia Airlines telah mengurangkan penerbangan utama keuntungan mereka iaitu ke China sebanyak 53% dan Korea Selatan dan Jepun sebanyak 23% dan akan dibatalkan lagi penerbangan lain kerana kurang permintaan. Syarikat penerbangan antarabangsa lain juga ada yang menawarkan cuti tanpa gaji kepada kakitangan mereka sama seperti MAS.

OHMEDIA : SEMOGA WABAK KORONAVIRUS INI AKAN TAMAT SATU HARI NANTI, AMIN.

Sumber : The Edge Market

+ Baca respon pembaca kakitangan Malaysia Airlines ditawar cuti tanpa gaji di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

To Top