Connect with us

Oh! Media

11 Orang Ditahan Memandu Dalam Keadaan Mabuk

Trending

11 Orang Ditahan Memandu Dalam Keadaan Mabuk

Operasi untuk membenteras pemandu mabuk telah giat dijalankan oleh pihak polis semalam dan hasilnya 11 lelaki yang berumur lingkungan 30 sehingga 50 tahun telah ditahan selepas berada dalam keadaan pengaruh alkohol.

ADVERTISEMENT

Antara lokasi Op Mabuk dan Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan semalam di Jalan Klang Lama, Hartamas, Kepong dan Jalan Hang Tuah. Operasi ini akan terus dijalankan untuk pastikan orang awam tidak memandu selepas mengambil minuman beralkohol.

Selain itu, pihak polis juga telah menubuhkan pasukan untuk memantau premis yang menjual arak iaitu Pub dan Bar. Jika premis tersebut mempunyai lesen, mereka perlu mengikut Standard Operation Procedure (SOP) yang ditetapkan dengan menjaga penjarakan sosial dan menutup premis pada jam 10 malam.

OHMEDIA: SEMOGA MEREKA YANG MEMANDU DALAM KEADAAN MABUK MENDAPAT HUKUMAN SETIMPALNYA

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca 11 orang ditahan memandu dalam keadaan mabuk di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas