Connect with us

Oh! Media

Zaim Dan Ismanira Bebas Selepas Selesai Bayar Ikat Jamin RM20,000

zayn rayyan

Trending

Zaim Dan Ismanira Bebas Selepas Selesai Bayar Ikat Jamin RM20,000

Ada sedikit kelegaan buat keluarga Zayn Rayyan selepas ibu bapanya, Ismanira dan Zaim dilihat keluar mengeluarkan mahkamah.

ADVERTISEMENT

Mereka dibebaskan selepas selesai membayar ikat jamin sebanyak RM20,000 pada jam 12.40 tengah hari tadi di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

BACA: Ibu Bapa Zayn Rayyan Boleh Sambut Aidiladha Bersama Keluarga

Sebaik sahaja selesai, mereka dilihat bergerak keluar dari mahkamah menaiki kenderaan jenis Perodua Myvi warna putih.

Dalam pertuduhan pagi tadi, mereka berdua mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.

Dalam pertuduhan itu mereka dikatakan telah mengabaikan dengan cara yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan fizikal ke atas arwah Zayn.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Jika didapati bersalah, hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas