Connect with us

Oh! Media

Waris Rumah Biru Di Kampung Baru Akhirnya Tampil Perjelas Dakwaan Bakal Dirobohkan

Rumah biru kampung baru

Trending

Waris Rumah Biru Di Kampung Baru Akhirnya Tampil Perjelas Dakwaan Bakal Dirobohkan

Tular di media sosial mengenai isu Rumah Biru yang selalu kita tengok dalam sesebuah filem ataupun drama tempatan bakal dirobohkan. Biar betul? 

ADVERTISEMENT

Perkara itu telah menjadi bualan netizen dan rata-ratanya tidak bersetuju untuk rumah itu dirobohkan. Legend gila rumah ni!

Terbaru! Menurut laporan Majoriti, waris kepada pemilik rumah berkenaan yang dikenali sebagai Syafiq Abdullah akhirnya tampil menjelaskan hal sebenar.

Rupanya mereka diarahkan berpindah ke kawasan lain bagi memberi laluan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur untuk melaksanakan projek pembukaan semula palong yang tertanam di bawah tanah rumah itu.

Projek belum bermula lagi ya dan untuk maklumat semua, rumah kami ini InsyaAllah tidak dirobohkan ya. Kami diminta keluar bagi memudahkan projek berlangsung nanti.

Sekiranya apa-apa berlaku pada masa hadapan, Insyallah pemaju akan baik pulih seperti sedia kala. Sama-sama kita doa semua selepas tamat projek nanti, kami boleh pulang ke kampung halaman kami ni.

Kredit: Majoriti

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas