Connect with us

Oh! Media

“Wahai Olimpik Pertama, Saya Hang Lee Zii Jia Terpaksa Akur Setakat Ini Saja”

lee zii jia

Trending

“Wahai Olimpik Pertama, Saya Hang Lee Zii Jia Terpaksa Akur Setakat Ini Saja”

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memohon maaf kerana gagal menyumbang pingat kepada negara di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Pemain berusia 23 tahun itu tewas kepada pemain dari China, Chen Long iaitu pemenang pingat emas edisi Rio 2016.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Atlet Israel Cetus Kontroversi, Hancurkan Katil Kadbod Yang Disediakan Di Tokyo

Menerusi satu hantaran di Facebook, Zii Jia berkata dia terpaksa akur dengan kekalahan tersebut. Dia berasa sangat kesal kerana gagal menunjukkan aksi yang boleh memberi sedikit harapan kepada rakyat Malaysia. Pemain ini walau bagaimanapun berterima kasih kepada semua pihak yang sudah memberikan sokongan kepadanya.

Walaupun saya ingin nyatakan “Hidupku BUKAN hanya MIMPI” tapi kesalnya saya gagal lakukannya.

Kekalahan menunjukkan saya belum cukup kuat dan mantap lagi.

Katanya lagi, dapat menjejakkan kaki ke kejohanan di Tokyo adalah satu pengalaman yang tidak ternilai harganya. Dia sedar, sebagai seorang atlet, dia harus melalui episod kegagalan dan harus berusaha menghadapi segala cabaran.

lee zii jia

Zii Jia dalam hantaran itu mahu bangkit semula untuk meneruskan perjuangan pada masa akan datang. Dia mahu lagu Negara Ku bergema di podium suatu hari nanti.

Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, turut memberi kata-kata semangat dan memuji permainan baik yang ditunjukkan Zii Jia. Menurutnya, dari segi ketangkasan dan teknik, Zii Jia telah mengatasi Chen Long. Namun, mungkin perasaan cemas di saat akhir memberi peluang kemenangan buat pemain negara China itu.

Meluahkan rasa bangga, Chong Wei berkata Zii Jia pasti akan menang di olimpik akan datang. Secara berseloroh, Chong Wei dalam catatan ‘side note’ meminta pemain itu berlatih di Melaka kerana di situ ada pemenang pingat emas Olimpik Tokyo.

Kredit: Lee Zii Jia, Datuk Lee Chong Wei

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas