Connect with us

Oh! Media

“Virus Bukan Datang Macam Bola, Kalau Tak Mahu Vaksin, Jangan Kerja” – Presiden PROFIMA

presiden

Trending

“Virus Bukan Datang Macam Bola, Kalau Tak Mahu Vaksin, Jangan Kerja” – Presiden PROFIMA

Segelintir syarikat produksi yang sanggup memalsukan sijil vaksinasi bagi mendapatkan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menarik perhatian Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA).

ADVERTISEMENT

BACA: “Kita Tidak Boleh Paksa Orang Terima Suntikan Vaksin” – Dr. Pakar Penyakit Berjangkit

Menurut Berita Harian, PROFIMA menganggap perbuatan tidak bertangunggjawab dengan memalsukan sijil vaksinasi itu perlu segera ditangani kerana akan membahayakan keselamatan pihak lain.

Masa depan industri kreatif

presiden

Walaupun belum ada pihak yang tampil membuat aduan dan laporan mengenai pemalsuan sijil vaksinasi, Presiden PROFIMA, Khir Mohd Noor Khir berkata, tindakan itu akan melibatkan masa depan industri kreatif pada era pandemik.

Setakat ini, PROFIMA belum terima aduan ada pihak yang memalsukan sijil vaksinasi. Bagaimanapun, perkara ini dipandang serius kerana membabitkan nyawa ramai orang.

Kita sekarang ini hidup dikelilingi COVID-19. Jadi, bukan hanya pelakon perlu melengkapkan dua dos suntikan vaksin, sesiapa yang keluar masuk set penggambaran juga perlu mendapatkannya seperti pelakon tambahan.

Usaha ini bagi mengelak kecelakaan yang boleh membabitkan semua orang di set penggambaran dan industri kreatif secara keseluruhan.

Khir berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan menggantungkan keahlian seseorang individu yang didapati memalsukan sijil vaksinasi.

Selepas digantung keahlian, kita akan bawa kes ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti isu penyalahgunaan dadah, baru-baru ini.

Biarlah polis uruskan. Kalau polis tidak ambil tindakan, mereka yang melakukan kesalahan memalsukan sijil vaksinasi tidak akan rasa serik.

Tidak boleh salahkan kru produksi

Menurut Berita Harian, Presiden PROFIMA, Khir percaya kegiataan pemalsuan sijil vaksinasi ini dilakukan oleh individu yang bertangunggjawab memohon SPP. Padanya, tidak mungkin kru produksi berani mahu memalsukan sijil vaksinasi secara sendiri.

Kita tidak boleh menyalahkan kru produksi yang memalsukan sijil vaksinasi. Saya percaya dalam hal ini, penerbit yang membenarkan perkara ini berlaku.

Saya percaya kru produksi tidak mungkin berani hendak memalsukan sijil vaksinasi.

Pihak yang memohon SPP bukanlah kru. Sebaliknya, penerbit di mana dia perlu memeriksa semua pihak yang terbabit dalam penggambaran itu apakah mereka sudah menerima suntikan vaksin lengkap dan melakukan ujian calitan COVID-19 tiga hari sebelum penggambaran.

Dalam hal ini, kru dan artis perlu menghantar sijil vaksinasi barulah SPP boleh diperoleh dan dibenarkan masuk ke set.

Jadi, tidak mungkin kerja pemalsuan ini dilakukan kru kerana hukuman kepada kegiatan ini bukanlah kecil, ia membabitkan penipuan serius.

Katanya, pihak penerbit perlulah melaksanakan kerja dengan amanah dan tidak menganggap tindakan pemalsuan sijil ini sebagai perkara yang main-main. Pihak berwajib juga perlu senaraikan pelakon dan kru yang tidak mahu mendapat suntikan vaksin Covid-19 agar individu terbabit tidak dapat kembali ke lapangan.

Semua orang sudah tidak bekerja hampir dua tahun dan membuak-buak mahu bekerja. Jadi, janganlah mementingkan diri sendiri. Sekiranya mahu bekerja, kenapa tidak mahu vaksin?

Sikap ini boleh mengancam nyawa sepasukan. Virus ini bukan datang macam bola, benda yang kita boleh nampak.

Sebaliknya, datang tanpa kita boleh nampak. Jujur saja, kalau tak mahu vaksin, jangan kerja.

Sejujurnya, semua yang dikatakan oleh Khir ini sangat betul. Virus ini bukan sesuatu yang boleh dibuat main dan ambil lewa. Kalau tidak mahu mengambil vaksin, duduk saja dekat rumah diam-diam.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas