Connect with us
halau anak

Trending

Viral Remaja Lelaki Tidur Di Koridor Flat, Ibu Bapa Sudah Ditahan Polis

Tular di media sosial aduan daripada jiran tetangga mengenai seorang remaja lelaki yang diabaikan ibu bapa sendiri.

Difahamkan, remaja itu sudah beberapa hari tidak dibenarkan masuk ke rumah menyebabkan dia tidur di koridor flat.

IKLAN

BACA: “Berak Pun Di Tangga” – Viral Remaja Tidur Di Koridor Flat Sebab Mak Ayah Tak Bagi Masuk Rumah

Terbaru, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak mengesahkan ibu bapa remaja berkenaan yang berumur 54 dan 56 tahun telah ditahan polis.

halau

Pasangan warga tempatan itu direman selama 5 hari bermula hari ini untuk melengkapkan siasatan kerana mengabaikan anak.

Siasatan awal mendapati remaja berusia 13 tahun itu dihalang memasuki rumah sejak 7 Julai lalu. Remaja itu kini telah diselamatkan pihak berkuasa dan dibawa untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil semakan jenayah pula mendapati suspek lelaki mempunyai rekod jenayah lampau namun ujian air kencing menunjukkan kedua-dua suspek negatif.

halau anak

Jap!


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

Ohmedia Banner
Ke Atas