Connect with us

Oh! Media

(Video) Rumah Berlumpur Tapi Bilik Solat, Al-Quran Bersih Macam Tak Kena Banjir

Trending

(Video) Rumah Berlumpur Tapi Bilik Solat, Al-Quran Bersih Macam Tak Kena Banjir

Viral di media sosial beberapa video memaparkan keadaan bilik solat dan Al-Quran berada dalam keadaan bersih seolah-olah langsung tidak terkena banjir.

ADVERTISEMENT

BACA: Berbekal Al-Quran Lusuh, Warga Emas Berusia 96 Tahun Khatam Sebanyak 130 Kali

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun yang turun padang menyertai misi menyelamatkan mangsa banjir tergamam melihat Al-Quran terpelihara di tempatnya sedangkan keadaan rumah kotor akibat banjir.

@syarminn

Asbab sehari amal 1 hingga 2 juzuk #ustazahasmaharun #banjir2021 #banjir

♬ original sound – syrmn

Dalam sesi langsung itu, Ustazah Asma’ turut menunjukkan beberapa barangan lain langsung tidak basah. Al-Quran juga kering dan berada kukuh di rehalnya seperti tidak disentuh air.

Kesan air banjir di dinding rumah itu menunjukkan berada di paras kepala Ustazah Asma’.

Sementara itu, terdapat satu lagi kejadian memaparkan keadaan bilik solat yang bersih sedangkan rumah dipenuhi lumpur.

Di ruangan komen, orang ramai memuji kebesaran Allah SWT yang melindungi rumah ibadahnya daripada terkena arus banjir.

Daripada perkongsian video itu juga, orang ramai mengambil pengajaran mengenai kekuasaan Yang Maha Esa.

Kredit: TikTok @syarminn | Facebook Essya Hilal

+ Baca respon pengguna di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas