Connect with us

Oh! Media

Tular Video Axelsen Fasih Cakap Mandarin, Relaks Je Borak Dengan Lee Chong Wei

Trending

Tular Video Axelsen Fasih Cakap Mandarin, Relaks Je Borak Dengan Lee Chong Wei

Pemain dari Denmak, Viktor Axelsen menjadi perhatian peminat sukan selepas berjaya memenangi pingat emas dalam acara badminton di Olimpik Tokyo. Pemain ini menewaskan juara bertahan dari China, Chen Long dengan pungutan mata 21-15, 21-12.

ADVERTISEMENT

BACA: “Wahai Olimpik Pertama, Saya Hang Lee Zii Jia Terpaksa Akur Setakat Ini Saja”

Menurut laporan sumber, kemenangan yang diraih Axelsen ini menjadikannya lelaki pertama bukan dari Asia yang memenangi kejuaraan perseorangan sejak tahun 1996.

Di Twitter, tular pula rakaman video berdurasi 45 saat memaparkan Axelsen fasih berbahasa Mandarin ketika berbual dengan jaguh badminton negara, Lee Chong Wei. Difahamkan, video tersebut merupakan video rakaman tahun lepas namun ditular kembali selepas Axelsen berjaya menumpaskan Chen Long.

Di ruangan balas, netizen tertanya-tanya dari mana pemain Denmark ini mempelajari bahasa Mandarin sehingga fasih. Seorang warganet pula menyatakan sudah menjadi kebiasaan untuk seorang atlet antarabangsa menguasai banyak bahasa untuk memudahkannya berkomunikasi.

axelsen
axelsen
axelsen

Memetik laporan olympics, Viktor Axelsen sebenarnya fasih dalam tiga bahasa dan salah satunya adalah bahasa Mandarin. Disebabkan itu juga, pemain ini dikenali ramai di China.

Difahamkan, dia mempelajari bahasa Mandarin daripada pemain China ketika latihan. Dia juga mendedahkan penguasaan bahasa ini telah membuka lebih banyak peluang dalam dunia badminton.

Kredit: Twitter mandarinjer

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas