Connect with us

Oh! Media

Tok Ram Dan Datin Alyah Buat Majlis Cukur Jambul Untuk Anak Angkat

Oh! Artis

Tok Ram Dan Datin Alyah Buat Majlis Cukur Jambul Untuk Anak Angkat

Pasangan selebriti terkenal tanah air, Datuk Ramli MS dan Datin Alyah difahamkan telah selamat menimang cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Izzara.

ADVERTISEMENT

BACA: Datin Alyah Mohon Doakan Kesihatan Tok Ram, Doktor Sahkan Diserang Vertigo

Menerusi hantaran Instagramnya, Datin Alyah berkongsi dia dan suami rasa bersyukur selepas selesai majlis cukur jambul anak angkatnya itu.

Bagi mereka berdua, kehadiran si kecil itu upama satu rahmat buat rumah tangganya.

Nur Izzara hadir dalam hidup kami. Tidak pernah kami terfikir dalam perancangan kehidupan yang kami lalui dan sesungguhnya Engkaulah perancang terbaik bagi setiap hamba-Mu.

Bila kita mencari cinta dunia, banyak hati yang kecewa dan hati kita juga malah hancur dan remuk. Tapi, bila kita mencari cinta Allah SWT, segalanya seperti mimpi yang indah.

Tambah penyanyi itu, dia tidak menyangka rezeki untuk menimang anak datang sebelum dia pergi menunaikan haji.

Terima kasih adik beradik yang datang dari jauh, pakcik makcik juga saudara mara, ipar duai yang datang dari Singapura. Hanya Allah SWT sahaja mampu membalasnya.

Terima kasih buat sahabat handai yang sudi bertandang memeriahkan lagi majlis kami dari jauh dan dekat. Terima kasih sangat-sangat. Terharunya saya.

Penyanyi itu juga dilihat memuat naik gambar bersama anak dan suaminya di atas pelamain kecil.

Alhamdulillah, tahniah Datin Alyah dan Tok Ram dapat timang cahaya mata. Semoga Nur Izzara membesar dengan baik dan sentiasa dilindungi Allah.

Kredit: Instagram @alyah81

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas