Connect with us

Oh! Media

Tiga Sungai ‘Hotspot’ Kepala Air Dikenal Pasti Di Hulu Selangor

Oh! Tidak

Tiga Sungai ‘Hotspot’ Kepala Air Dikenal Pasti Di Hulu Selangor

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis telah memaklumkan tiga lokasi perkelahan di Hulu Selangor yang merupakan hotspot bagi kes lemas dan kepala air.

ADVERTISEMENT

BACA: Tak Perlu ‘Cuak’, Video Tular Di Lata Berangin Bukan Fenomena Kepala Air

Beliau berkata kawasan tersebut adalah Sungai Batang Kali, Sungai Chiling dan Sungai Pertak.

Risiko kepala air

Berdasarkan statistik, sebanyak 15 kes mati lemas dan enam kes terperangkap dalam kepala air di Selangor telah dilaporkan membabitkan 10 kawasan rekreasi di sungai, air terjun, hutan lipur dan lata.

Secara umumnya, kesemua sungai atau jeram berisiko untuk berlaku kepala air atau berlaku insiden lemas namun begitu jika dikategorikan sebagai lokasi hotspot (titik panas), ia adalah (lokasi di mana) kejadian yang berlaku lebih dari sekali.

Norazam juga menasihatkan orang awam untuk berhati-hati terhadap tanda-tanda kepala air sebelum memulakan aktiviti perkelahan atau rekreasi berdekatan dengan sungai.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas