Connect with us

Oh! Media

“Tiada Unsur Judi” – Aisar Khaled Ikhlas Bagi Nikita Mirzani 10 Juta Rupiah Kerana Peninju Pilihan Kalah

Oh! Artis

“Tiada Unsur Judi” – Aisar Khaled Ikhlas Bagi Nikita Mirzani 10 Juta Rupiah Kerana Peninju Pilihan Kalah

Pempengaruh sensasi, Aisar Khaled kembali mencuri perhatian netizen dengan pemberian wang tunai sebanyak 10 juta rupiah kepada Nikita Mirzani. Kenapa pulak ek?

ADVERTISEMENT

BACA: Aisar Khaled Hadiahkan Motor, Wang Tunai Kepada Remaja Viralkan Video Rider

Menerusi perkongsian media sosial miliknya, sebelum ini dia pernah berjanji untuk memberikan wang berkenaan jika pelakon, Randy Panggalila menang pertarungan tinju menentang peninju pilihannya, Kkajhe.

Dia juga difahamkan telah terbang ke Indonesia dari Dubai demi menyaksikan perlawanan tinju tersebut.

Namun tidak disangka-sangka, Randy berjaya menewaskan lawannya pada set pertama. Power gila!

Saya bagi Nikita Mirzani dengan ikhlas 10 juta dan jekasargih. Tiada unsur judi, jika mereka kalah dia tidak harus bagi saya apa-apa. Harap penjelasan ini jelas.

Walaupun pempengaruh itu telah memberikan penjelasan, rata-rata netizen masih tidak berpuas hati dengan Aisar kerana masih menganggap tindakannya adalah judi.

Dalam video lain, Aisar dilihat mencabar anak kepada Ahmad Dhani iaitu El Rumi untuk bertarung di dalam perlawanan tinju seterusnya.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas