Perlawanan ketiga Kejohanan AFF Mitsubishi Electric 2022 di antara pasukan Vietnam dan Malaysia malam tadi berakhir dengan kontroversi dan kecaman terutama sekali daripada penyokong Harimau Malaya.
Mana taknya, kemenangan Vietnam ke atas Harimau Malaya dianggap sebagai kontroversi selepas beberapa keputusan dibuat pengadil dari Jepun, Ryuji Sato dilihat tidak masuk akal sehingga merencatkan rentak permainan pasukan Harimau Malaya.
Penalti dan kad merah kontroversi
Ia selepas Ryuji Sato menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan Vietnam pada minit ke-60 yang membawa kepada jaringan kedua pasukan Naga Merah itu.
Ryuji juga menimbulkan tanda tanya selepas melayangkan kad merah buat pemain negara, Azam Azmi Murad ekoran pelanggaran yang berlaku bersama pemain Vietnam, Doan Van Hau.
Beberapa keputusan dibuat Ryuji itu telah menimbulkan kemarahan yang teramat sangat dalam diri penyokong Harimau Malaya sehinggakan mereka menghentam sekeras-kerasnya Ryuji di media sosial.
Ryuji Sato pernah mengadili perlawanan Malaysia dan Vietnam sebelum ini
Rupa-rupanya, setelah diselediki Ryuji Sato juga pernah mengadili perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 di antara pasukan Malaysia dan Vietnam sebelum ini.
Dan pada perlawanan tersebut juga, Ryuji Sato dikatakan telah membuat keputusan yang agak kontroversi selepas menghadiahkan penalti pada minit-minit akhir permainan sekaligus memberikan kemenangan pada pasukan Naga Merah ke atas Harimau Malaya dengan jaringan 2-1.
The referee? Ryuji Sato. Yes, the same referee who awarded another controversial penalty for Vietnam against Malaysia last night. https://t.co/etZTzrLJ3k
Oh macam itu rupanya, patutlah rata-rata penyokong Harimau Malaya marah teruk dengan Ryuji Sato ni.
Tak apalah kalah dan menang itu adat permainan, kalau betul Ryuji buat kesilapan biarlah badan induk yang sepatutnya buat siasatan dan ambil tindakan. Kita sebagai penyokong jangan pula amalkan sikap buli siber terhadap pengadil dari Jepun ni.