Connect with us

Oh! Media

“Terima Kasih Atas Sokongan Anda”- Ning Baizura Minta Netizen Jangan Tutup Periuk Nasi

Oh! Artis

“Terima Kasih Atas Sokongan Anda”- Ning Baizura Minta Netizen Jangan Tutup Periuk Nasi

Akibat banyak sangat kecaman dari netizen, penyanyi, Ning Baizura tampil dengan kenyataan dan memohon supaya tidak terus mengecam dan menuduhnya tidak sensitif dengan situasi yang berlaku di Palestin.

ADVERTISEMENT

BACA: Ning Baizura Teruk Diserang Netizen Di Instagram

Menurut laporan Astro Gempak, penyanyi berkenaan menegaskan dia adalah salah satu selebriti yang aktif menyalurkan sumbangan ke Palestin.

Dia juga terharu dengan pengikutnya yang sanggup tampil dan membelanya ketika kontroversi itu berlaku.

Terima kasih atas sokongan anda dan kepada mereka yang bukan perminat, macam-macam perkataan tidak baik dan tidak sedap yang keluar untuk ibu dan anak saya dengan yang bagi saya agak mengarut.

Ning juga menjelaskan tindakan berdiam diri selepas isu itu diambil kerana perlu berada dalam keadaan lebih rasional.

Saya mengambil masa untuk menghadam selepas apa yang berlaku. Tetapi tidak perlulah melatah atau menghukum seseorang.

Tambahnya, semua perbuatan yang dilakukan adalah ikhlas dari hatinya dan hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Terpulanglah pada anda semua untuk fikir apa sahaja tentang diri saya tetapi janganlah tutup periuk nasi saya.

Saya bukan hendak melakukan justifikasi terhadap apa yang saya lakukan untuk membantu mengisi dana tabung Palestin.

Penyanyi itu juga menasihatkan netizen supaya menilai sesuatu perkara dari dua pihak dan selidik dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan.

Terdahulu, Ning Baizura telah mengeluarkan kenyataan yang dianggap tidak sensitif tentang isu berlaku di Rafah. Apa-apa pun netizen yang menyokong gerakan Blockout 2024, janganlah sampai kelaurkan kata-kata kesat kepada orang lain.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas