Connect with us

Oh! Media

“Terdapat Kesan Lebam Di Seluruh Anggota Badan” – Pasangan Disyaki Dera Anak Angkat Umur 5 Tahun Sampai Mati

Oh! Tidak

“Terdapat Kesan Lebam Di Seluruh Anggota Badan” – Pasangan Disyaki Dera Anak Angkat Umur 5 Tahun Sampai Mati

Sekarang ni makin banyak kes dera kanak-kanak. Kali ini, satu pasangan pula disyaki mendera anak angkat mereka yang masih berumur 5 tahun sehingga mati.

ADVERTISEMENT

BACA: Budak Lelaki Maut Didera Ibu Bapa Saudaranya Sendiri

Menurut laporan mStar, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima satu laporan daripada pegawai perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak.

Susulan itu, mereka telah menangkap seorang wanita berumur 27 tahun dan suaminya berumur 66 tahun bagi membantu siasatan lanjut.

Pihak hospital menerima seorang kanak-kanak perempuan di Wad Kecemasan Zon Merah untuk resusitasi namun disahkan meninggal dunia.

Pemeriksaan lanjut ke atas badan mangsa terdapat kesan lebam di seluruh anggota badan, disyaki dipukul dengan objek tumpul sebelum melaporkan kepada polis.

Selain itu, terdapat kesan luka koyak dan lebam pada vagina dan dubur mangsa.

Tambahnya, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas membunuh dengan niat.

Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek itu akan dibuat pagi Selasa di Mahkamah Majistret Ipoh.

Kalau betul mereka yang dera, memang kejam betul dan semoga diberi hukuman setimpal.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas