Connect with us

Oh! Media

Sweeper Dedah Detik Akhir Bersama Mustaqqeem Di Gunung Liang, Arwah Luah Rasa Takut

Ohmedia pendaki

Trending

Sweeper Dedah Detik Akhir Bersama Mustaqqeem Di Gunung Liang, Arwah Luah Rasa Takut

Malim gunung yang bertindak sebagai ‘sweeper’ ekpedisi Gunung Liang akhirnya bersuara.

Tragedi kehilangan seorang pendaki, Mustaqqeem Mansoor di Gunung Liang Barat, Muallim, Perak baru-baru ini benar-benar meninggalkan kesan mendalam buat ramai pihak.

BACA: Tragedi Gunung Liang: Rakan Karib Dedah Situasi Sebenar, Nafi Tinggal Arwah Membuta Tuli

Lebih memilukan, malim gunung yang menemani arwah sepanjang ekspedisi mendedahkan bahawa Mustaqqeem sempat meluahkan rasa ketakutan sebelum kejadian menimpanya.

IKLAN

“Arwah beberapa kali cakap dia takut”

Gunung Liang

Memetik laporan Harian Metro, Rahimi yang bertindak sebagai ‘sweeper’ mengiringi Allahyarham sepanjang pendakian, namun Allahyarham dilihat berkelakuan agak luar biasa sejak hari ketiga ekspedisi.

Rahimi berkata lagi, Allahyarham bagaimanapun tidak menyatakan apa yang membuatkan dia takut.

Saya mengiringi arwah sejak hari pertama pendakian hingga hari ketiga, walaupun arwah mengalami kekejangan otot namun dia masih boleh berjalan secara perlahan menyebabkan kami jauh ketinggalan dengan kumpulan pertama dan kedua.

Rahimi memaklumkan, ekspedisi mendaki Gunung Liang itu dilakukan secara “compress” hanya dalam tempoh tiga hari, berbeza dengan kebiasaan empat hingga lima hari.

Katanya, tekanan masa dan keletihan mungkin menjadi antara punca utama arwah berada dalam keadaan lemah.

Tiba di puncak dalam keadaan lemah sebelum hilang

Mustaqqeem

Rahimi berkata, selepas tiba di puncak Gunung Liang, mereka berdua sempat makan dan berehat sebelum memutuskan untuk turun sekitar jam 10.30 malam.

Keadaan arwah ketika itu agak lemah tapi masih mampu berjalan dengan perlahan.

Katanya lagi, sepanjang perjalanan menuruni gunung dalam keadaan hujan lebat dan sejuk, arwah dilihat seolah-olah sedang memerhatikan sesuatu di sekeliling.

Apabila saya tanya, dia jawab dia tengok akar pokok supaya tak tersangkut kaki. Lepas tu saya turun dulu untuk tengok laluan dan tunggu dia.

Rahimi berkata dia sempat melihat lampu digunakan arwah masih bergerak menuruni puncak, namun tidak lama kemudian Mustaqqeem terus hilang daripada pandangan.

Saya yakin arwah dapat turun tanpa sebarang masalah. Pada masa sama saya berusaha mencari kawasan terdapat talian telefon untuk menghubungi seorang lagi MGP dan penganjur.

Menurut Rahimi, dia yang merupakan ‘sweeper’ tidak berniat untuk berpisah atau meninggalkan arwah. Sebaliknya, dia menunggu di beberapa lokasi sepanjang laluan termasuk di Kem 7E.

Saya tidak menolak kemungkinan arwah naik semula ke puncak Gunung Liang selepas beberapa meter turun, saya tidak lagi mampu berpatah balik mencari arwah disebabkan terlalu penat selain kecederaan jari kaki hingga terpaksa menggunakan selipar untuk meneruskan perjalanan.

Rahimi tidak menyangka perkara buru berlaku selepas dua tahun sebagai MGP dan lebih 10 tahun dalam aktiviti pendakian.

Katanya lagi, dia menerima bayaran RM850 untuk ekspedisi tiga hari, namun ia berlarutan hingga lima hari.

Pssttt! Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan keluarga diberi kekuatan menghadapi kehilangan ini.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas