Connect with us

Oh! Media

Suhaimi Saad Mimpi Arwah Siti Sarah Dan Sharifah Aini 3 Minggu Sebelum Meninggal

Oh! Artis

Suhaimi Saad Mimpi Arwah Siti Sarah Dan Sharifah Aini 3 Minggu Sebelum Meninggal

Baru-baru ini, dikhabarkan balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad berjaya menunaikan hasrat suami yang mahu membuka kedai dobi di kampungnya. Alhamdulillah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Jangan Cakap Suami Saya Tak Beli Mesin Basuh” – Ina Naim Buka Dobi Di Kampung

Menerusi siaran langsung Tiktok, Ina mendedahkan suaminya pernah bermimpi jumpa dengan Allahyarham penyanyi Siti Sarah dan Sharifah Aini tiga minggu sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Arwah Suhaimi juga berkata dua penyanyi itu mengajaknya pergi ke sebuah taman yang cantik di dalam mimpi berkenaan.

Dalam mimpi itu, Siti Sarah dan Sharifah Aini panggil Suhaimi datang dekat mereka. Mereka panggil Suhami datang dekat satu taman yang sangat cantik.

Kemudian dua minggu sebelum nak meninggal dunia, dia mimpi pakai jubah putih, kopiah putih sambil naik kuda putih.

Tambah Ina, suaminya berkata kuda itu membawanya terbang tinggi namun tidak menyangka itu adalah mimpi terakhir yang akan diceritakan.

Saya masa dengar cerita dia, saya macam nak dengar tak dengar sangat.

Terdahulu, kesihatan Suhaimi merosot dan ditidurkan oleh doktor sebelum disahkan meninggal akibat jangkitan paru-paru.

Mungkin itu petanda sebelum dia meninggal tapi itulah kita pun bukannya tahu ajal seseorang tu bila kan. Semoga arwah ditemptkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin..

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas