Connect with us

Oh! Media

Suami BCL, Tiko Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Bersama Bekas Isteri RM1.7 Juta

bcl

Oh! Artis

Suami BCL, Tiko Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Bersama Bekas Isteri RM1.7 Juta

Baru je hari tu Ohmedia kongsikan saat Bunga Citra Lestari (BCL) menari masa suaminya, Tiko buat persembahan dalam kelab. Hari ini, kecoh pula satu dakwaan mengatakan suaminya itu pecah amanah wang syarikat yang diusahakannya bersama bekas isteri.

ADVERTISEMENT

Menurut sumber, Tiko merupakan pengarah syarikat PT Arjuna Advaya Sanjaya (AAS) telah menggelapkan wang syarikat berjumlah RM1.7 juta di antara tahun 2015 hingga 2021.

Semua modal syarikat telah dikeluarkan bekas isteri Tiko, Arina…

Bekas isterinya, Arina Winarto pula merupakan pemilik dan pemegang saham syarikat yang sama menurut peguam Arina bernama Leo Serigar.

Tiko dan Arina menubuhkan syarikat berkenaan dan ketika itu anak guam saya bertindak sebagai pemegang saham dan Tiko memegang jawatan sebagai pengarah.

Bagaimanapun semua modal syarikat secara keseluruhannya dikeluarkan oleh Arina.

Bekas isteri bagi kepercayaan penuh untuk Tiko uruskan syarikat…

Di samping itu, Leo turut mendedahkan sepanjang syarikat berkenaan beroperasi, Arina meletakkan segala kepercayaan kepada bekas suaminya itu membuatkan Tiko memiliki kuasa penuh dalam mengurus kegiatan perniagaan termasuk urusan kewangan.

Namun, Arina mula curiga dengan Tiko bila dua dokumen P&L (profit and loss) yang ditemukan agak mencurigakan.

Konflik bermula sekitar 2019 apabila Tiko menyatakan hasrat menutup syarikat kerana sudah tidak mampu membayar sewa.

Bagaimanapun dokumen profit and loss yang mencurigakan membuatkan Arina mula menyiasat dan mendapat laporan tersebut dimanipulasi.

Daripada situ, Arina melakukan siasatan dan audit menyeluruh sebelum mendapati terdapat penggunaan dana sebanyak RM1.7 juta yang tidak jelas.

Susulan kejadian itu, Arina telah membuat laporan polis pada 2022 setelah Tiko gagal memberi penjelasan kukuh terhadap hasil audit yang dibuat. Kes tersebut kini sedang dalam siasatan dan masih belum mendapat maklum balas daripada pihak Tiko.

Kredit: Kompas

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas