Connect with us

Oh! Media

“Sifat Semula Jadi Lelaki Adalah Untuk Menyediakan ” – Tyra Kamaruzzman Kongsi Pendapat Tentang Hubungan

Oh! Artis

“Sifat Semula Jadi Lelaki Adalah Untuk Menyediakan ” – Tyra Kamaruzzman Kongsi Pendapat Tentang Hubungan

Tren ‘what women can bring to the table‘ makin hangat di semua media sosial dan ramai yang berikan pendapat. Dalam banyak-bantak tu, pendapat dari pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman yang jadi perhatian netizen.

ADVERTISEMENT

BACA: Netizen Berpendapat Isteri Pertama Abang Tesla Lebih Berseri Lepas Tengok Gambar Terkini Isteri Kedua

Menerusi story Instagramnya, Tyra menyatakan jawapan kepada soalan ini sangatlah senang kerana ia tak ada kaitan dengan kebendaan.

Katanya, seorang wanita boleh memberikan segala-galanya jika dijaga dengan baik dan diberikan perhatian yang cukup.

Sebab sifat semula jadi lelaki adalah untuk menyediakan.

Sediakan dia sebuah rumah, dia akan berikan keluarga, beri dia kasih sayang dan dia akan beri lebih banyak lagi, tunjukkan usaha dan dia akan layan anda seperti raja.

Dia juga sempat menyatakan bahawa kasih sayang seorang wanita itu adalah suci dan tak dapat dibeli dengan kebendaan.

Bila seorang wanita mencintai, dia tidak teragak-agak untuk berikan segalanya yang dia ada.

Betul jugak pendapat Tyra ni. Mungkin para lelaki di luar sana boleh guna dekat pasangan masing-masing kan…

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas