Connect with us

Oh! Media

“Sehari Selepas Merisik” – Bekas Kekasih Influencer ‘Tebuk Quran’ Buat Dakwaan Mengejutkan

influencer

Trending

“Sehari Selepas Merisik” – Bekas Kekasih Influencer ‘Tebuk Quran’ Buat Dakwaan Mengejutkan

Sebelum ini, nama pempengaruh yang popular dengan cabaran ‘tebuk Al-Quran’ menjadi perhatian selepas tular dakwaan mengatakan dia terlibat dalam kes gangguan seksual.

ADVERTISEMENT

Namun, pempengaruh berkenaan menafikan dakwaan serta merta dan menegaskan ianya adalah fitnah semata-mata.

BACA: Qawiy Jelaskan Dakwaan Terlibat Jenayah Gangguan Seksual Adalah Fitnah

Terbaru, seorang wanita yang mendakwa dirinya merupakan bekas bakal tunang influencer terbabit mendedahkan sesuatu yang mengejutkan.

Wanita terbabit menunjukkan screenshot mesej dipercayai di antara influencer terbabit dan ibunya. Si ibu didakwa merendah-rendahkan dirinya termasuk mengutuk keluarga sehari selepas majlis merisik.

influencer
viral

Tak cukup dengan itu, dia juga mendakwa influencer berkenaan berkira dengan segala perbelanjaan makanan yang dikeluarkan semasa bercinta.

influencer
qawiy

Dalam hantaran lain, wanita ini berkata dia mempunyai sebab kenapa baru bersuara ketika ada isu hangat dikaitkan dengan pempengaruh itu. Namun, wanita ini tidak menjelaskan secara terperinci.

Apa-apa pun kita tunggu penjelasan daripada kedua-dua belah pihak mengenai isu ini. Diharapkan semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik.

Kredit: Beautifulnara | Instagram Atyka Jalil

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas