Connect with us
nurfarah kartini

Trending

“Sebelum Ditahan, Dia Ada Hubungi Saya Minta Maaf” – Bapa Suspek

Memetik laporan Kosmo!, bapa kepada suspek pembunuhan Nur Farah Kartini memaklumkan anaknya ada menghubungi meminta maaf sebelum ditahan polis.

BACA: “Kalau Salah Tetap Salah Dan Kena Terima Hukuman Tapi..” – Bapa Suspek Bunuh Nur Farah Kartini

IKLAN

Menurut petani berusia 64 tahun itu lagi, anaknya mungkin merasakan kes akan menyusahkan atau memberi kesan kepada seluruh keluarga.

bapa suspek

Warga emas ini turut dimaklumkan oleh menantu bahawa dia dan suaminya diugut oleh mangsa dan telah membuat laporan mengenainya dengan membawa beberapa bukti berkaitan.

Dia bagaimanapun percaya kepada takdir Allah SWT dan menerima apa juga hukuman sekiranya anaknya didapati bersalah.

Pada 6 Julai lalu, anak ada menghantar beberapa keping gambar dia mengikuti kursus mengendalikan jenazah. Dia menawarkan diri untuk dikafankan. Dia minta disemadikan di sebelah kubur arwah ibunya jika dia meninggal dunia.

Terdahulu, bapa suspek memaklumkan dia mengetahui anak berkawan dengan mangsa untuk menguruskan perniagaan kereta sewa miliknya.

Namun, dia tidak dapat memastikan sejauh mana hubungan terbabit.

nurfarah kartini

Jap!


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas