Connect with us
zulfarhan

Trending

Sebak! Ibu Bapa Zulfarhan Meraung, Sujud Syukur Dengan Keputusan Mahkamah

Ibu bapa kepada allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain dilihat menangis dan sujud syukur di luar Mahkamah Rayuan selepas mahkamah menjatuhi hukuman gantung terhadap enam pembunuh anaknya.

Mereka dilihat meraung menahan sebak kerana keadilan untuk allahyarham akhirnya dapat ditegakkan selepas tujuh tahun.

IKLAN

Kedengaran ibu arwah, Hawa Osman meluahkan kata-kata sayu, “Keadilan terhadap anak saya kini terbela, kami bersyukur kepadaMu ya Allah”.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan hari ini menghidupkan semula pertuduhan asal iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap enam bekas penuntut UPNM.

Keputusan dibuat sebulat suara oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hadhariah bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin dalam prosiding yang berjalan lebih tiga jam.

zulfarhan

Jap!


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas