Connect with us
Ustaz Don Daniyal

Trending

“Sebab Mereka Tidak Tahu..”, Ini Respon Ustaz Don Terhadap Netizen Yang Kecam Dirinya

Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal dikecam teruk selepas didakwa melanggar peraturan tauliah ketika berdakwah baru-baru ini. 

BACASuria FM Patuh Arahan JAIS, Ustaz Don Tidak Akan Muncul Dalam Segmen Don Give Up 

IKLAN

Terbaru! Menerusi laporan mStar, Ustaz Don tidak berkecil hati dan menganggap netizen tidak tahu mengenai apa yang berlaku selapas membaca semua komen kecaman di media sosial.

Saya baca semua komen di internet, tapi tak apa, sebab mereka tidak tahu. Dalam Islam pena diangkat dalam tiga jenis orang, iaitu orang tak tahu menjadi tahu, orang yang lupa sampai dia ingat, orang yang tidur sampai terjaga.

Dalam kata lain, netizen tak tahu apa yang berlaku. Tidak mengapa.

Pendakwah itu juga meminta orang ramai menyelidik dahulu sebelum meninggalkan sebarang komen tanpa usul periksa.

Dalam hidup, ada sesetengah perkara yang perlu kita lakukan perbandingan. Saya menyeru semua orang membuat perbandingan dengan akal fikiran waras dan cerdas. 

Ketika anda mencari maklumat tentang saya, carilah juga maklumat tentang pihak lain.

Ustaz Don juga berkata yang dia sendiri membuat keputusan untuk undur diri dari beberapa program yang terpaksa dihentikan demi menjaga kepentingan semua pihak. 

Semua yang bekerjasama dengan saya adalah orang yang berakhlak. Salah satu ciri akhlak yang baik ialah mentaati pemimpin. Jadi, apabila mereka mendapat arahan, mereka hanya ikut.

Malah sebenarnya, saya sendiri yang menasihati mereka untuk menghentikan kolaborasi. Tidak mengapa, ini semua bukan penamat.

Pendakwah itu juga berkata yang dia sentiasa berfikiran positif dan menganggap semua itu adalah ujian buat dirinya.

Saya hidup seperti biasa, perjalanan seperti biasa. Kita tak boleh nak ubah situasi kerana bukan kita yang berkuasa, Allah lebih berkuasa walaupun kita nampak ada pihak tertentu, cuma takdir begitu. Kita tidak boleh mengubah perkara ini tetapi kita boleh tentukan bagaimana kita memberi reaksi kepada situasi ini.

Alhamdulillah saya anggap ini adalah peluang untuk merancang dan mengatur semula pekerjaan saya. Semua perkara dalam hidup adalah ujian, ini bukan hukuman sepanjang hayat. Saya ada sokongan keluarga, rakan-rakan.

Ustaz Don Daniyal

Jap!


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas