Connect with us

Oh! Media

“Saya Tidak Boleh Ulas Apa-Apa..” – Datuk Zayn Rayyan Tiada Di Rumah Masa Anak Dan Menantu Ditahan Polis

Oh! Tidak

“Saya Tidak Boleh Ulas Apa-Apa..” – Datuk Zayn Rayyan Tiada Di Rumah Masa Anak Dan Menantu Ditahan Polis

Penahanan ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan sebagai suspek kes pembunuhan telah mengejutkan satu Malaysia.

ADVERTISEMENT

BACA: Ibu Didakwa Orang Terakhir Bersama, Motif Sebenar Kes Bunuh Adik Zayn Rayyan Kian Terungkai

Menurut laporan Harian Metro, datuk kepada kanak-kanak itu, Zahari Mohd Reba berkata dia mengetahui mengenai penahanan anaknya selepas dimaklumkan seorang rakan. 

Difahamkan, ketika penahanan anak dan menantu, dia sedang melakukan ekspedisi di sebuah hutan di Dungun, Terengganu.

Buat masa sekarang, saya tidak boleh ulas apa-apa sebab sekarang sedang berada di luar dan baru keluar dari hutan di Dungun.

Keluarga saya tidak dapat keluarkan kenyataan buat masa ini, tunggu sehingga saya pulang.

Katanya salah satu sebab tidak mengetahui tentang perkara itu adalah rangkaian internet yang tak begitu baik di dalam hutan.

Terdahulu, pihak polis telah menemukan bukti terbaru dalam siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas