Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Ada Cikgu..” – Penjawat Awam Umur 59 Tahun Cabar Diri Duduki SPM

Oh! Inspirasi

“Saya Tak Ada Cikgu..” – Penjawat Awam Umur 59 Tahun Cabar Diri Duduki SPM

Walaupun dah berusia 59 tahun, tak jadi penghalang untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lagi menarik, katanya pakcik hanya belajar sendiri je.

ADVERTISEMENT

BACA: Erysha Emyra Rupanya Pelajar Cemerlang SPM 2016.. Beauty With Brain!

Menurut laporan Astro Awani, Hamidan Yahaya yang bertugas sebagai pemandu awam Kementerian Pertahanan di Kem Bukit Keteri (rejimen 504 Askar Wataniah) berkata dia didorong oleh keseronkkan belajar dan mahu cabar kemampuan diri.

Lebih mengejutkan, Hamidan mendedahkan dia berjaya memperoleh B+ bagi mata pelajaran Sains yang diambil.

Saya tak ada cikgu, tidak pergi tuisyen, tidak berpandukan TikTok atau Google… Dengan hanya guna buku yang dibeli sendiri, buat latihan, kemudian tengok jawapan di belakang buku.

Saya ingin cuba dan cabar diri. Saya juga seronok masuk dewan peperiksaan.

Tambahnya, dia akui terdapat cabaran ketika menjawab soalan peperiksaan itu dibandingkan dengan SPM yang pernah diduduki pada 42 tahun lepas.

Dulu keputusan SPM saya dapat pangkat tiga, untuk Sains dan Matematik sekadar lulus.

Dia juga sempat menasihati golongan muda supaya mengambil berat akan kepentingan SPM kerana itu adalah langkah permulaan untuk masa depan yang cerah.

Terdahulu, Hamidan juga pernah menduduki peperiksaan SPM 2022 bagi pelajaran Matematik dan berjaya peroleh A dengan hanya belajar sendiri!

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas