Connect with us

Oh! Media

“Saya Rasa Tak Sedap Hati” – Suami Maut Dalam Kemalangan Lepas Hantar Anak Ke Sekolah

Oh! Tidak

“Saya Rasa Tak Sedap Hati” – Suami Maut Dalam Kemalangan Lepas Hantar Anak Ke Sekolah

Kemalangan maut yang disebabkan oleh muatan berat dah jadi macam kebiasaan di Malaysia. Kali ni, seorang penunggang motor maut selepas hantar anaknya ke sekolah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Tunggu Attar Sampai” – Yatim Piatu Sekelip Mata, Luahan Anak Sulung Masa Kemalangan Sebak

Menurut saksi yang dikenali sebagai Nizam Jentik Jentik, mangsa adalah seorang lelaki yang mempunyai isteri dan anak-anak yang masih kecil.

Nizam menyatakan pada mulanya dia dan beberapa orang lain tak dapat menghubungi waris kerana tiada nombor kecemasan di telefon mangsa.

Saya turun payungkan mangsa sebab keadaan panas terik masa tu.

Kami pun cuba secure segala barang penting mangsa, henfon dan wallet supaya dalam jagaan rapi.

Sebak lihat isteri cuba hubungi suaminya

Lebih sedih lagi, tak lama selepas mangsa meninggal, isterinya difahamkan cuba hubungi melalui telefon bimbitnya.

Masing masing tak berani angkat, tapi saya gagahkan juga angkat. Saya jawab ‘Assalam puan’… Dia membalas ‘Eh suami saya mana? Saya rasa tak sedap hati tu yang tergerak hati nak call.

Satu ungkapan yang saya cukup berat dan sebak nak khabarkan waktu tu, ‘Puan, suami puan ada dekat dengan saya ni, dia terlibat dalam kemalangan puan.

Lepas mengetahui perkara sebenar, wanita berkenaan terus meraung dan Nizam kemudian berhubung dengannya untuk memaklumkan keadaan terkini suaminya.

Susulan itu, Nizam meminta doa supaya isteri mangsa dipermudahkan urusan dan arwah dicucuri rahmat.

Kredit: Aplikasi X | Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas