Connect with us

Oh! Media

“Saya Cuma Buncit Sikit Sahaja” – Syasya Rizal Nafi Sudah Berbadan Dua, Cuma Naik Berat Badan Lepas Kahwin

Oh! Artis

“Saya Cuma Buncit Sikit Sahaja” – Syasya Rizal Nafi Sudah Berbadan Dua, Cuma Naik Berat Badan Lepas Kahwin

Baru-baru ini, majlis resepsi bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal telah berlangsung. Ramai rakan artis dan influencer datang bagi menyambut dua merpati sejoli itu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ramai Orang Kata Wajahnya Macam Nobita” – Keperibadian Suami Buat Syasya Terpikat

Susulan daripada majlis itu, muncul pula spekulasi penyanyi itu sedang hamil dari kalangan netizen walaupun baru dua bulan bernikah.

Namun, Syasya tampil menafikan dakwaan berkenaan dan berkata dirinya tidak menunjukan sebarang simptom hamil.

Saya juga terbaca komen netizen yang kata saya hamil tu. Saya cuma buncit sikit sahaja. Saya rasa lepas kahwin kalau gemuk perkara biasa, bahagia makan banyak.

Setakat ini macam biasa sahaja, saya rasa normal sahaja itu sebab saya tidak buat pemeriksaan.

Penyanyi itu menjelaskan jika berita gembira seperti apa yang peminatnya mahu, dia sendiri akan kongsikan kepada semua.

Mungkin juga sebab baju pengantin yang saya pakai ini agak ketat sikit, jadi nampaklah seperti ada (baby bump) tetapi sebenarnya tak ada pun.

Ish, ish netizen ni macam-macamlah. Tak pasal-pasal Syasya kena jelaskan dia naik berat badan lepas kahwin. Apa-apa pun marilah doakan Syasya dan suami akan dikurniakan zuriat.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas