Connect with us
racun tiikus

Trending

“Saya Bayangkan Akil Sedang Tarik Tangan Luth Ke Syurga” – Ibu Mangsa Keropok Beracun Reda Dengan Takdir

Mangsa kedua keropok beracun iaitu Muhammad Luth Syauqi hari ini disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira jam 1.24 tengah hari.

Muhammad Luth menyusul pemergian abangnya, Muhammad Akil Syauqi yang meninggal dunia kelmarin selepas kritikal akibat termakan keropok mengandungi racun tikus.

IKLAN

BACA: “Hilang Sudah Kesakitannya” – Ibu Kanak-Kanak Makan Keropok Beracun

Memetik laporan Berita Harian, ketika kanak-kanak itu sedang nazak, ibunya iaitu Nurain Hasnorizal sempat membisikkan kata-kata hiba meredai pemergian anaknya.

Pergilah adik… bermain dengan abang di syurga.

Menurut Nurain, dia sudah bersedia dengan segala kemungkinan sejak semalam berikutan keadaan anak bongsunya yang tiada tindak balas.

keropok beracun

Sama seperti arwah abang, dia juga dibenarkan berada dengan Luth sehingga nafas terakhirnya. Sebagai ibu, dia reda dengan takdir Allah SWT dan mendoakan semoga anaknya pergi dengan mudah.

Berulang kali saya menyapu air mata yang mengalir di pipi Luth. Ketika itu, saya membayangkan saat mereka bermain-main di rumah.

Ketika hayat, mereka gemar bergurau… dan saya membayangkan Akil sedang menarik tangan Luth ke syurga.

Wanita berumur 25 tahun ini berharap kes ini dapat dijadikan pengajaran oleh semua orang. Dia juga berterima kasih kepada orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan mereka sekeluarga.

racun tiikus

Jap!


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas