Connect with us

Oh! Media

‘Sarjan Fatihah’ Dan ‘Inspektor Hafiz’ Rembat Duit Warga Emas Lebih RM400,000!

Warga Emas Ditipu

Trending

‘Sarjan Fatihah’ Dan ‘Inspektor Hafiz’ Rembat Duit Warga Emas Lebih RM400,000!

Seorang wanita warga emas berusia 62 tahun di Kulai, Johor menjadi mangsa sindiket penipuan telefon hingga kerugian sebanyak RM439,444.

Menurut laporan Kosmo, mangsa dipercayai terpedaya dengan panggilan seorang individu yang menyamar sebagai Sarjan Fatihah dari Balai Polis Bintulu, Sarawak dan mendakwa dirinya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Panggilan disambung konon-kononnya dari Bukit Aman

Eb scammer 290920

Suspek menyambung panggilan kepada seorang lagi lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Hafiz dari Bukit Aman dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee.

IKLAN

Mangsa kononnya perlu menyerahkan maklumat kepada Bank Negara untuk membersihkan namanya daripada kes jenayah.

Warga emas itu diminta letak kad ATM luar pagar

Wang Simpanan

Lebih mengejutkan, mangsa diarahkan untuk meletakkan kad ATM di luar pagar rumah dan memindahkan semua wang ke dua akaun baharu atas arahan suspek, pada 24 Januari lalu.

Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas anaknya membuat semakan akaun dan mendapati kesemua wang telah dikeluarkan.

#ApaKataOhmedia

Jangan mudah percaya panggilan telefon mendakwa dari pihak berkuasa. Polis tidak akan minta kad ATM atau arahan pindah wang sesuka hati. Rujuk terus ke balai terdekat untuk kesahihan. Ingat, berhati-hati sebelum menyesal!

Warga Emas Ditipu

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas