Connect with us

Oh! Tidak

Sanggup Lari Dan Suruh Anak Minta Sedekah, Aktivis Beri Peluang Kedua Untuk Tiga Beranak Asnaf

Tular di media sosial video seorang aktivis memarahi ibu tunggal bernama Nuru yang bernama Nurul kerana melarikan diri tanpa khabar berita walaupun sudah pernah dibantu.

BACA: “Sampai Bila Nak Diperbodohkan?” – Tular Video Peminta Sedekah ‘Drive’ Honda CRV

IKLAN

Lebih bengang, aktivis yang dikenali sebagai Abbe Hae mendedahkan wanita itu membawa dua anaknya untuk melakukan aktiviti meminta sedekah di sekitar Masjid Kampung Baru.

Katanya, sebaik sahaja dia mendapat maklumat tentang tiga beranak itu, dia terus datang ke lokasi dan berjumpa dengan Nurul dan anak-anaknya yang tak terurus.

Nurul, kau dah duduk senang dekat Chow Kit tu. Duit bantuan RM1,000 dah cukup untuk kau dan anak-anak.

Kau ni Nurul, aku tak tahulah nak bantu kau macam mana. Dah habis kederat dah aku bantu kau ni. Sekarang ni kau dapat balik bilik macam ni. Bilik kau dulu, katil aku beli RM2,000. Dengan cat apa semua sekali, RM3,700. Tak sempat duduk dua tahun, kau dah lari.

@abbehae2

DIA BERHAK DIBERI PELUANG.. Sama-sama kita doa dia menjadi wanita dan ibu yang lebih baik selepas ini.. Kita tiada hak menghukum sesama manusia.. #abbehae #jejakjalanan #jagahakAllah

♬ Renungan Diri – Anto D’Ryuzaki

Tambahnya, dia kesal melihat keadaan bilik yang serabut dan kotor untuk 3 beranak ini.

Kau sumpah kau jangan lari

Walaupun begitu, Abbe berikan Nurul peluang kedua dengan membantu memohon bantuan sewa bilik dan bantuan bulanan.

Kau dah tak perlu nak minta sedekah. RM1,000 itu cukup untuk perbelanjaan kau dan anak-anak.

Perkongsian video tersebut mengundang banyak reaksi dari netizen dan rata-rata kecewa kerana Nurul seolah-olah tak menghargai jasa dan pengorbanan aktivis berkenaan.

Terdahulu, Nurul pernah dibantu selepas aktivis itu menemukan dia dan anaknya hidup dalam serba kekurangan.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Penulis separuh masa Oh! Media berkaitan isu trending dan hangat.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas