Connect with us

Oh! Media

RTM ‘Rehatkan’ Ustaz Don Daniyal Daripada Program Salam Baitullah

ustaz don daniyal

Trending

RTM ‘Rehatkan’ Ustaz Don Daniyal Daripada Program Salam Baitullah

Susulan kontroversi melibatkan pendakwah bebas Ustaz Don Daniyal, RTM telah mengambil keputusan untuk ‘merehatkan’ beliau daripada mengendalikan program Salam Baitullah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kerap Merepek Dan Baca Hadith Palsu..” Pensyarah Tegur Ustaz Selebriti

Difahamkan, Don Daniyal adalah salah seorang pengacara rancangan Salam Baitullah bergandingan dengan anggota kumpulan UNIC iaitu Fakrul Razi.

don daniyal
ustaz don daniyal

Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman dalam laporan mStar menjelaskan, keputusan merehatkan Don Daniyal adalah untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan di antara netizen di media sosial.

Keputusan itu dibuat untuk meredakan keadaan memandangkan pelbagai pendapat dan perbahasan berlaku di ruang maya.

Pihaknya juga mahu mengurangkan kontroversi yang mungkin mengganggu perjalanan program Salam Baitullah sepanjang musim Haji tahun ini.

don daniyal

Terdahulu, pelbagai respon yang ditinggalkan netizen selepas Ustaz Don Daniyal dilihat muncul dalam rancangan pembuka tirai Salam Baitullah.

Netizen menggesa Datuk Suhaimi Sulaiman menggantung Ustaz Don Daniyal sementara siasatan lanjut dilakukan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas