Connect with us

Oh! Media

“RM124 Je Sebulan” – Tak Bayar Sewa PPR 8 Bulan, Wanita Mengamuk Bila Penguatkuasa Terjah Rumah

sewa dbkl

Trending

“RM124 Je Sebulan” – Tak Bayar Sewa PPR 8 Bulan, Wanita Mengamuk Bila Penguatkuasa Terjah Rumah

Seorang wanita dilihat meninggikan suara ke arah pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana disyaki gagal membayar tunggakan sewa rumah.

ADVERTISEMENT

BACA: “Korang Dah Kenapa?”- DBKL Bengang Pokok Hiasan Habis Musnah Dipijak Rakyat Merdeka

Menerus video tular, wanita itu memaklumkan suaminya jatuh sakit menyebabkan dia tak ada duit untuk membayar sewa.

Wanita itu juga dilihat mengamuk mempersoalkan tindakan pegawai menerjah rumahnya. Katanya, pegawai berkenaan sengaja membuat ‘semak’ di rumahnya dan cuba menjatuhkan bangsa sendiri.

@malaysiakantoi

dalam whatsapp group kata akak ni tak bayar sewa PPR 8 bulan. #fyp #madani #dbkl #kualalumpur

♬ original sound – Malaysia Kantoi – Malaysia Kantoi

Pegawai menjelaskan bahawa kedatangan mereka untuk membantu penyewa melunaskan bayaran dengan cara ansuran.

Dalam whatsapp group kata akak ni tak bayar sewa PPR 8 bulan.

Kata pegawai lagi, sewa untuk kediaman itu hanyalah RM124 sebulan dan ianya tak sepatutnya terlalu membebankan.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan netizen. Ada yang bersimpati dan ada juga yang tertumpu kepada dekorasi rumah yang dikatakan mewah.

ppr

Kredit: TikTok @malaysiakantoi

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas