Connect with us
biskut

Trending

Remaja Pengsan Lepas Termakan Biskut Beracun Untuk Halau Kera Dan Monyet Di Kebun

Lagi kes biskut beracun! Kali ini melibatkan seorang remaja berusia 13 tahun di sebuah kebun pisang, dekat Kampung Air Puteh, Chukai Terengganu.

BACA: “Saya Bayangkan Akil Sedang Tarik Tangan Luth Ke Syurga” – Ibu Mangsa Keropok Beracun Reda Dengan Takdir

IKLAN

Memetik laporan Berita Harian, ketika kejadian mangsa, Mohd Daynail Haikal Alias bersama rakannya dipercayai dalam perjalanan untuk memancing.

Termakan biskut beracun masa nak pergi memanicing

biskut beracun

Bapa mangsa, Alias Saras memberitahu, mungkin ketika melalui sebuah kebun pisang dan kelapa yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah, anaknya termakan makanan dicampur racun tersebut.

Makanan itu mungkin tergantung di situ di atas sebatang kayu bagi tujuan menghalau kera dan monyet di kebun.

Anaknya dilaporkan pengsan dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Air Puteh sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.

Syukur anak saya semakin pulih… saya harap dia cepat sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.


biskut

Jap!


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas