Connect with us

Oh! Media

“Ramai Orang Kata Wajahnya Macam Nobita” – Keperibadian Suami Buat Syasya Terpikat

Oh! Artis

“Ramai Orang Kata Wajahnya Macam Nobita” – Keperibadian Suami Buat Syasya Terpikat

Ha mesti ramai lagi yang terkejut dengan pengumuman Syasya Rizal yang mengundurkan diri dari Dolla untuk berkahwin.

ADVERTISEMENT

BACA: “Buat Masa Sekarang Suami Syasya Tak Bekerja” – Nenek Dedah Syasya Masih Belum Sedia Untuk Kahwin

Menerusi laporan mStar, semalam, bekas ahli kumpulan Dolla itu telah melangsungkan majlis persandingannya.

Macam mana Syasya boleh terpikat dengan suami agaknya?

Ketika ditanya soalan ni, Syasya jawab dia bukan sahaja terpikat dengan wajah suaminya yang macam Nobita tu tetapi keperibadian suami dan banyak persamaan antara mereka juga buatkannya selesa.

Saya suka kartun Doraemon dan jujur saya memang tertarik dengan suami sebab ramai orang kata wajahnya macam Nobita.

Katanya keputusan yang dibuat adalah tepat untuk memulakan fasa baru dalam kehidupannya.

Syasya menjelaskan dia memberi keutamaan kepada pelajarannya yang tertangguh sebelum ini dan bukannya bidang seni lagi.

Dalam perkahwinan mestilah setiap pasangan ada impian memiliki zuriat. Saya dan suami terima dan bersedia jika ada rezeki.

Buatnya pengunduran itu bukanlah satu keputusan yang mudah baginya kerana nama Dolla semakin naik.

Alhamdulillah kami masih berhubung cuma malam ini mereka tidak dapat hadir ke majlis saya. Sebagai seorang yan pernag menganggotai Dolla, saya faham akan tuntutan kerja mereka.

Bekas anggota kumpulan Dolla itu juga mendedahkan dia telah bercinta dengan suaminya itu sejak dua tahun lepas lagi dan pernah merancang untuk berkahwin pada 2023.

Ha Syasya pun dah beri penjelasan. Sama-samalah kita doakan suapaya perkahwinan mereka diberkati.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas