Connect with us

Oh! Media

Ramai Doktor ‘Cabut’ Dari Sarawak! KKM Akui Kekurangan Tenaga Kesihatan Kian Kritikal

Ohmedia kkm

Trending

Ramai Doktor ‘Cabut’ Dari Sarawak! KKM Akui Kekurangan Tenaga Kesihatan Kian Kritikal

Seramai 259 doktor dan 95 jururawat letak jawatan di Sarawak sejak 2020.

Kekurangan tenaga kerja kesihatan di Sarawak semakin ketara apabila seramai 259 pegawai perubatan dan 95 jururawat dilaporkan meletak jawatan antara tahun 2020 hingga 2024.

Lapor Utusan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menjelaskan bahawa kadar kekosongan pegawai perubatan di Sarawak lebih tinggi berbanding negeri lain.

Langkah KKM tangani isu lekurangan

Kkm

Katanya, antara faktor penyumbang ialah kesukaran bertugas di lokasi pedalaman serta jumlah pelatih jururawat yang masih rendah daripada Institut Latihan KKM dan institusi pengajian tinggi dalam negara.

IKLAN

Menurut Dr. Dzulkefly lagi, penempatan tenaga kerja kesihatan di Sarawak menunjukkan peningkatan setiap tahun.

Pada 2020, sebanyak 39 pegawai perubatan dan enam jururawat ditempatkan.

Cara KKM atasi masalah kekurangan staf

Dr Dzulkifli

Manakala pada 2024 jumlah itu meningkat kepada 83 pegawai perubatan dan 25 jururawat.

Sehingga 30 Jun 2025, terdapat 27,209 petugas kesihatan berkhidmat di Sarawak, terdiri daripada 685 pakar perubatan, 3,029 pegawai perubatan, 6,479 jururawat, 1,699 jururawat masyarakat serta 15,317 petugas daripada skim perkhidmatan lain.

Untuk mengatasi masalah ini, KKM mewajibkan pegawai perubatan tetap memilih sekurang-kurangnya satu penempatan di Sarawak, Sabah atau Labuan melalui sistem e-penempatan.

Kuota penempatan pegawai perubatan tetap juga ditetapkan lebih tinggi untuk Sarawak, selain memberi keutamaan kepada anak jati negeri itu.

Beliau turut menjelaskan bahawa kerajaan memberi merit tambahan antara lima hingga 10 peratus kepada pegawai perubatan di Sabah dan Sarawak bagi permohonan cuti belajar dengan tajaan biasiswa, khususnya bagi mereka yang berkhidmat di kawasan pedalaman.

Selain itu, KKM menempatkan semula 38 jururawat asal Sarawak yang kini berkhidmat di Semenanjung untuk kembali bertugas di negeri itu mulai September 2025 dan melantik 238 jururawat masyarakat di Sarawak yang lulus peningkatan lantikan (PSL) ke jawatan Jururawat Gred U5.

Pssttt! Semoga usaha ini benar-benar membantu memastikan rakyat luar bandar terus mendapat rawatan yang sewajarnya.

Kredit: Utusan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas