Connect with us

Oh! Media

Polis Tahan Dan Siasat ‘Influencer’ Tunjuk Kemaluan Ketika Buat Panggilan Video Bersama Wanita

influencer

Trending

Polis Tahan Dan Siasat ‘Influencer’ Tunjuk Kemaluan Ketika Buat Panggilan Video Bersama Wanita

Seorang influencer terkenal ditahan polis selepas dikaitkan dengan kes jenayah gangguan seksual. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata satu tangkapan telah dilakukan apabila suspek disyaki menunjukkan kemaluan dan bercakap lucah kepada seorang wanita.

ADVERTISEMENT

Influencer berusia 27 tahun dan ditahan pada jam 2.25 petang semalam untuk membantu siasatan.

Pengadu yang tidak bekerja mendakwa menerima panggilan video daripada seorang lelaki yang dikenali semasa berada di rumahnya di Taman Melewar.

Hasil siasatan awal, pengadu berkenalan dengan suspek sejak awal bulan ini melalui laman sosial Instagram.

Suspek membuat panggilan video kepada pengadu dan menunjukkan kemaluannya serta bercakap lucah dengan pengadu. Pengadu kemudian membuat laporan polis.

Polis kemudian menahan suspek untuk siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai rakam soal siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan kertas siasatan yang lengkap akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas