Connect with us

Oh! Media

Polis Buka Kertas Siasatan, Buru Geng Kereta Masak Di Stesen Minyak

masak

Trending

Polis Buka Kertas Siasatan, Buru Geng Kereta Masak Di Stesen Minyak

Padah memasak menggunakan dapur portable di stesen minyak, sekumpulan anak muda kini menjadi buruan polis.

ADVERTISEMENT

BACA: Siap Bawa Dapur ‘Masak’ Di Stesen Minyak Genting Highland, Geng Kereta Ini Undang Kecaman Ramai!

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, satu kertas siasatan dibuka selepas pihaknya menerima laporan mengenai video memasak yang tular di media sosial.

masak di genting highlands

Hasil siasatan mendapati klip video berkenaan dimuat naik pada 13 Mei sebelum tular di laman sosial X.

Klip video berdurasi kira-kira 50 saat memaparkan sekumpulan pemilik kenderaan melakukan aktiviti memasak stesen minyak berkenaan.

Pihak polis juga ada menerima aduan lokasi stesen minyak di Genting Highlands tersebut sering menjadi tumpuan pemilik kenderaan berkumpul.

Bukan setakat berkumpul, pemilik kenderaan turut melakukan aktiviti yang mengganggu ketenteraman awam.

genting

Oleh itu, operasi bersepadu akan dijalankan dengan lebih kerap di sekitar kawasan itu terutama pada hujung minggu dan cuti umum.

Pihak polis meminta mana-mana pihak yang melihat kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan (menyebabkan kegusaran awam) dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas