Connect with us

Oh! Media

Poligami Hanya Marketing? Aisyah Hijanah Akhirnya Cerita Perkara Sebenar

aisyah hijanah

Trending

Poligami Hanya Marketing? Aisyah Hijanah Akhirnya Cerita Perkara Sebenar

Pempengaruh islamik dan usahawan terkenal, Aisyah Hijanah mengesahkan syarikat yang diusahakan bersama suaminya, Alif Teega kini menjadi miliknya.

ADVERTISEMENT

BACA: Akhirnya Kes Harta Sepencarian Untuk Aisyah Hijanah Selesai, Ini Apa Kata Alif Teega 

Tuntutan harta sepencarian itu selesai selepas kedua-duanya tampil di mahkamah semalam. Menerusi soal jawab di Instagram Story, Aisyah berkata sebagai seorang isteri, mereka harus tahu bahawa harta sepencarian boleh dituntut dalam tiga keadaan iaitu ketika poligami, cerai dan meninggal dunia.

Aisyah juga menjawab soalan pengikut mengenai Alif Teega yang dikatakan berkahwin dua hanyalah marketing semata-mata.

Dalam penjelasan yang dibuat, Aisyah yang kini sarat mengandung anak ketiga berkata tuduhan marketing tidak benar.

Pempengaruh ini mengakui ramai yang melihatnya seperti biasa-biasa jer, macam tak ada apa yang berlaku. Namun sebenarnya dia hanya mencuba untuk bersangka baik dengan takdir Allah SWT.

Setiap hari dia meminta supaya Allah SWT menunjukkan jalan yang terbaik. Dia mencuba untuk mengawal diri dan emosi untuk mengelakkan perkara yang tidak baik berlaku.

Salah satu tips yang diamalkan Aisyah adalah membanyakkan solat sunat mutlak dan memohon petunjuk kepada Allah SWT.

Sepanjang tempoh ini, Aisyah dan suaminya masing-masing menjalankan tugas dengan baik. Pendek kata, merekaa baik-baik sahaja.

Kredit: Instagram Aisyah Hijanah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas