Connect with us

Oh! Media

Petunjuk Baru Buatkan Ibu Bapa Kandung Zayn Rayyan Direman Sampai 7 Hari

zayn rayyan

Trending

Petunjuk Baru Buatkan Ibu Bapa Kandung Zayn Rayyan Direman Sampai 7 Hari

Malam tadi kita dilaporkan dengan penahanan ibu bapa kandung arwah adik Zayn Rayyan yang dibunuh di Damansara Damai pada Disember tahun lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Kes Bun*h Kanak-Kanak Autisme Disember Lalu, Ibu Bapa Mangsa Ditahan

Terkini, ibu bapa itu telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Majistret, Azura Mohd Saad mengeluarkan perintah itu selepas dimohon oleh pihak polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Peguam yang mewakili pasangan terbabit, Mahmud Abdul berkata penangkapan itu dilakukan berdasarkan perkembangan terbaharu yang diperoleh dalam siasatan pihak polis.

Ada perkembangan terbaharu dari segi percakapan (rekod percakapan OYDS) sebelum ini dan termasuk juga ada beberapa perkembangan terbaharu hasil siasatan pihak polis yang telah ditemui.

Buat masa ini, kita tidak boleh buat sebarang spekulasi. Saya memohon semua pihak untuk bersabar dan mendoakan agar keluarga ini kuat untuk menerima ujian ini.

Sekiranya siasatan tamat, kes berkenaan akan dihantar kepada pihak pendakwa raya dan pada saat itu, suspek utama akan diketahui.

Ada 2 faktor yang memungkinkan ibu bapa Zayn Rayyan direman…

Dalam pada itu, Mahmud turut mengakui terkejut dengan penangkapan terbaru ini. Antara faktor yang memungkinkan ia berlaku adalah bukti baharu yang dimiliki polis atau rekod percakapan mereka sebelum ini yang bercanggah.

Sudah tentu sangat terkejut, OYDS adalah ibu bapa kepada mangsa dan ini adalah satu perkara yang tidak dijangkakan.

Saya sendiri pun agak terkejut, saya percaya satu Malaysia terkejut mengenai perkara ini. Oleh yang demikian saya memohon semua pihak mendoakan agar keluarga kuat untuk menerima perkhabaran ini.

Kita akan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan telus dan terperinci demi keadilan.

Sekiranya pihak polis dalam tempoh tujuh hari ini tidak dapat melengkapkan siasatan, mereka boleh memohon untuk permohonan reman kali kedua.

Reman ini akan bermula hari ini Sabtu (1 Jun 2024) sehingga Jumaat nanti.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas