Trending
Penjelasan JHEAIK Isu Wanita Kahwin Dua, Rupa-Rupanya Dah Cerai Tapi Tinggal Dengan Bekas Suami
Katanya wanita terbabit disiasat atas tiga kesalahan syariah negeri.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) tampil memberi penjelasan dakwaan wanita berkahwin dua di negeri itu.
BACA: Lelaki Dakwa Ditipu Hidup-Hidup! Rupa-Rupanya Isteri Yang Dinikahi Dah Pun Bersuami!
Lapor Kosmo!, tidak timbul isu wanita berpoligami kerana wanita terbabit sebenarnya telah sah bercerai sebelum melangsungkan perkahwinan kedua.
Pengarah JHEAIK, Datuk Dr Abd. Ghani Zainuddin, berkata, kini menjadi isu adalah tindakan wanita tersebut masih tinggal serumah dengan bekas suami selepas perceraian.
Disiasat atas tiga kesalahan syariah

Menurut pihak JHEAIK lagi, siasatan sedang dijalankan terhadap wanita berkenaan serta dua lelaki yang dikaitkan dengannya atas tiga kesalahan syariah negeri.
Wanita berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 25 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2024 (Khalwat).
Wanita itu juga akan disiasat di bawah Seksyen 7 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 (Menghina atau menyebab dipandang hina dll agama Islam).
Siasatan awal mendapati wanita berkenaan sudah bercerai, namun masih menjalinkan hubungan dengan bekas suaminya itu. Tidak timbul isu kahwin dua dalam hal ini.
Beliau turut memaklumkan, pasangan terbabit juga disiasat di bawah Seksyen 40 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008 berkaitan kesalahan berhubungan secara akad nikah yang dibaca bersama Seksyen 14 enakmen sama berhubung perkahwinan seseorang perempuan.
Pssttt! Kes ini menunjukkan pentingnya semakan status perkahwinan sebelum berkahwin agar tidak timbul fitnah atau kekeliruan.
Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM