Connect with us

Oh! Media

“Pemberian Dos Penggalak Masih Belum Ada Ketetapan Masa Lagi” – KKM

Dos penggalak

Trending

“Pemberian Dos Penggalak Masih Belum Ada Ketetapan Masa Lagi” – KKM

Mesti ramai yang tertanya bilakah sebenarnya pemberian dos suntikan penggalak vaksin akan diberikan, betul tak? Buat masa ini, Kementerian Kesihatan (KKM) masih belum mempunyai sebarang ketetapan masa berhubung hal ini.

ADVERTISEMENT

BACA : Dos Penggalak Vaksin Pfizer Diluluskan KKM

Menurut laporan Berita Harian, langkah itu perlu diputuskan dengan mengambil kira keperluan vaksinasi dunia berikutan masih ada negara yang ketinggalan dari segi pemberian pelalian dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang.

Dos penggalak memang banyak dibahaskan sekarang ini dan bagi Malaysia, kita sudah membuat keputusan tetapi masa belum dapat ditetapkan lagi.

Katanya lagi, dos ini bertujuan untuk meningkat imuniti dan kerajaan akan memberi kepada petugas kesihatan dan mereka berusia lebih 60 tahun yang ada komorbiditi terlebih dahulu nanti.

Sekarang ini kita belum meneruskan pelaksanaan ini (pemberian dos penggalak) kerana masih menunggu untuk vaksin remaja dan sebagainya. 

Apapun, jangan lupa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan agar kita semua dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti wabak yang melanda.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas