Connect with us

Oh! Media

Pemandu Berang Terima Aduan, Wanita Cedera Lepas Diheret Keluar Dari Kereta

Oh! Tidak

Pemandu Berang Terima Aduan, Wanita Cedera Lepas Diheret Keluar Dari Kereta

Makin menjadi-jadi kes pemandu biadap dengan pelanggan ni eh? Baru-baru ini, tular di Instagram seorang wanita diseret keluar dari kereta dan ditinggalkan di sebuah lebuhraya gara-gara membuat aduan ketika masih dalam perjalanan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Hidup Macam Dalam Gua” – Pemandu E-Hailing Hina Agama Islam Dan Negara Pada Pelancong Asing

Menurut laporan WeirdKaya, wanita yang dikenali sebagai Maya menjelaskan rasa diancam gara-gara minta untuk guna laluan yang tidak bertol.

Walau bagaimanapun, pemandu itu dikatakan hilang sabar dengan permintaan dari wanita terbabit dan bertindak menguatkan radio dengan sengaja.

Susulan itu, Maya mengambil keputusan untuk membuat aduan ke khidmat pelanggan aplikasi inDrive.

Diheret keluar dari kereta

Katanya, pihak pengurusan inDrive terus menghantar aduan itu kepada pemandu yang membuatkannya makin baran dan menyuruh Maya untuk keluar dari kereta.

Saya menghubungi 999 (kecemasan Malaysia) tetapi panggilan itu terputus jadi saya berpura-pura bercakap dengan mereka dan mula merakam.

Lebih teruk lagi, pemandu itu membaling botol air besi milik Maya ke muka dan menarik kakinya untuk keluar dari kereta.

Jangan sentuh saya.

Lepas ditinggalkan dengan keadaan cedera, ada orang tak dikenali bantu dan membawanya ke balas polis berhampiran.

Selepas laporan dibuat, pemandu terbabit telah ditahan dan didenda RM2,000 setelah mengaku bersalah atas tindakannya.

inDrive tampil bersuara

Selepas didakwa tidak mengambil kisah dengan pelanggan, pihak inDrive tampil menjelaskan mereka sedang berusaha untuk menambahbaik aplikasi supaya lebih selamat.

Ini bermakna semua pemandu/logistik ini bukan pekerja inDrive atau boleh dikaitkan dengan kami dalam apa jua cara kerana mereka menyediakan perkhidmatan mereka sebagai kontraktor bebas.

Bahayanya dapat pemandu macam ni dah lah cederakan orang lepas tu tinggalkan dekat tepi jalan je… Harapnya perkara ini dijauhkan lah ye .

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas